Wednesday 10 April 2013

SEULAS PINANG...SEKAPUR SIRIH


Sejarah pengenalan : Ditubuhkan dalam kanca untuk memperindahkan kehidupan alam kemanusiaan oleh DATUK RAYA EROM sebagai Pengasas dan Pengerusi Eksekutif.

Tujuh belas tahun masa berlalu, sinarnya makin mekar dengan sokongan semangat dari generasi yang mengangkat hasrat Yayasan ini untuk membela nasib mereka yang memerlukan.


" Kompleks Yayasan ini terbina di atas tapak wakaf Allahyarham Tun Said Keruak (mertua saya) seluas 2.5 ekar di kampung Panjut, Tuaran. Ianya mempunyai tiga blok asrama (lelaki dan perempuan), Surau, Dewan Makan, Perpustakaan, Ruang Pejabat, Dapur dan Tempat tinggal untuk kakitangan.


Keindahan perancangan memang melalui pelbagai rintangan onak yang berduri serta mencabar keupayaan saya. Namun kesabaran, ketabahan dan keimanan mengatasi segala-galanya. Ini terbukti dengan tercatatnya dalam sejarah penganugerahan saya sebagai salah seorang dari 4 orang pemenang Wira Dermawan yang terbaik dalam FORBES ASIA di antara 12 negara tahun 2008."


Datuk Raya Erom